img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

23.12.09

Tahun Baru Hijrah & Masihi

assalamualaikum smua... tahun baru hijrah 1431 (1 Muharram) hari Jumaat....dan tahun baru masihi 2010 (1 Januari) hari Jumaat gak....penuh keberkatan kan?.....azam tahun baru dah buat?...kalu azam tahun 2009 x jadi...berdoalah ntuk azam tahun 2010 menjadi...buat azam yg elok2 mmg bagus...so ingat diri tu sapa....wassalam...nak pikiaq sat azam tahun 2010 n tahun 1431....!!!

Kem Imtiaz

huh...letih selama 4 hari 3 malam di kem imtiaz kat Yan....ayah aku yg anjurkan...hari pertama ada ceramah....hari ke-2 ada ceramah islam, ceramah belajar, ceramah speaking, flying fox(tinggi ooo)...hari ke-3 ada aktiviti outdoor (sembelih ayam, jungle trekking, orienterring) ...hari ke-4 ada ceramah lah.....bubye...x larat nak tulis post ni dah...letih pie kem...nak cover balek masa tido....zzzzz!!!!

December 2009

Bulan disember tahun 2009 banyak perkara berlaku....antaranya...pi KL seminggu n puas mein game kat KL...pastu kenduri kakak aku...pastu kem imtiaz kat Yan yg dilangsungkan oleh ayah aku....pastu nanti ada kenduri pinang kakak aku...letih gak bulan ni...baca post ni pun rasa letih lagi!!!!....so....bye december 2009....jumpa lagi kalu boleh!!!hehehe

10.12.09

Gempakstarz

Trimas Gempakstarz coz bagi aku banyak hadiah such as buku nota(lawak kampus...falcon wing) and beg non-woven(lawak kampus...gempak)...aku ni kipas susah mati(died-hard-fan) majalah gempak....sokong 100%...cartunist yg aku minat Keith, Zint, Xanxeveira...cayalah!!!

9.12.09

Life Games

Minggu lepas...aku pi KL .. Melaka ... Johor ... ngn keluarga aku...saja pi bercuti...tapi hari ke-7 tuh semua femeli aku balik Yan...tinggal aku ngn kakna jerk...kami dok umah keluarga Abang Along ... syok gilar dok sana!!! perkara pertama ialah aku main PS3 puas giler...pastu main games PC(left 4 dead).. baca komik banyak ooo (shin chan semua baca) (anak sateria Chinmi x abeh gi).. second lak...main bowling kat the curve pastu makan donat kat Big Apple...pastu balek...and then balek Yan (kira dok sana dua ari jerla) ...Puas tahap Gaban la kiranya...

30.11.09

Raya Eid Adha

Raya Eid Adha 2009 kali ni aku sambut bersama-sama semua ahli keluarga aku...yang tak ada cuma dua kakak aku jer (sorang study kat Australia) (sorang lagi buat PHD kat UK) dekat ngn tempat Manchester United...Raya kali ni dapat duit raya dari ayah mak jer (RM50) syok!!!. Tak lupa juga Sony PSP abang ipar aku yang aku konker selama dia balik(puas main PSP tuh) tapi...yang tak best punya cuma aku terlupa nak tengok orang sembelih lembu...coz lepas solat subuh aku tidur lama sampai pkul 9 pagi...lembuku...

23.10.09

Top 10 : Best Games 2009


No.1

Sempena ulangtahun Batman ke-70, sebuah permainan aksi orang ketiga, Batman : Arkham Asylum telah dihasilkan. Batman dalam permainan ini dilengkapi dengan pelbagai gajet, senjata canggih dan keupayaan bergerak yang penuh aksi. Ia bagus dari segi skrip, jalan cerita, lakonan suara dan juga grafik. Permainan ini bukan sahaja untuk peminat Batman malah para peminat permainan komputer yang menghargai permainan yang baik dan menarik.


No.2

X-Men : Origins Wolverine mengisahkan Wolverine menjadi watak utama dalam golongan X-Men dan bagaimana Wolverine dijadikan. Gaya Wolverine yang ganas tidak diketepikan kerana itulah gaya Wolverine. Setiap tahap permainan mempunyai ciri-ciri tersendiri disamping banyak gaya pergerakan Wolverine yang perlu dipelajari.




No.3

Filem wayang kedua Transformers muncul dengan permainan yang membawa perubahan besar daripada permainan yang sebelum ini. Antara perubahan adalah pemain diberikan lebih banyak watak Transformers, lebih banyak misi dan jalan cerita tidak tetap. Aksi pertukaran robot kelihatan lebih lancar. Terdapat "Death Match" dan "Capture the Flag" untuk permainan berkumpulan.


No.4

Kini NFS kembali dengan Need For Speed : Shift yang dihasilkan dalam bentuk simulasi. Permainan ini membawa anda sebagai pelumba di litar sebenar. Tiada perlumbaan di jalan terbuka dan tiada polis yang akan mengejar anda. NFS : Shift mempunyai satu daya penarik yang kuat dan sumulasi yang menarik.



No.5

Harry Potter and the Half-Blood Prince menyediakan beberapa mod permainan dalam kempen permainan tersendiri. Dalam permainan ini terdapat pertarungan kayu magik, perlumbaan penyapu terbang dan mencipta posyen menggunakan mantera. Audio dan kepermainan agak memuaskan.



No.6

Section 8 ialah sebuah unit elit askar yang berjuang di galaksi. Askar Section 8 lengkap bersenjata dan baju kebal yang mempunyai pelbagai fungsi. Ada mod mulipemain menyokong sehingga 32 pemain untuk versi PC dan 16 pemain untuk versi konsol.




No.7

Dalam The Lord of the Rings : Conquest akan terdapat kempen misi yang akan dimainkan daripada empat kelas watak iaitu Scout, Warrior, Archer dan Mage.Sistem kepermainan, bunyi dan grafik adalah baik serta lancar dalam semua segi. Mod-mod yang disediakan adalah menarik dan kepermainan amat tersusun.



No.8

Street Fighter IV mengandungi lebih banyak watak pilihan untuk dimainkan dalam pilihan mod. Watak-watak lain dalam Street Fighter IV adalah sama begitu juga kawalan. Yang berbeza adalah corak watak dan grafik yang kelihatan lebih menarik. Kelancaran pergerakan lebih lancar dan jelas kelihatan berbanding dengan Street Fighter sebelum ini.



No.9

Prince of Persia menyediakan visual dan pergerakan yang menarik. Kedudukan kamera dan latar belakang permainan membuatkan kawalan dan pergerakan Prince kelihatan seperti terhad dan tersekat-sekat. Namun begitu permainan ini masih menarik dan penuh aksi. Aksi dan pertarungan merbahaya sering menarik minat peminat permainan aksi dan permainan ini tidak terkecuali.


No.10

Mirror's Edge menawarkan watak menarik sebagai seorang heroin yang menjerit bangunan tinggi, bertarung dan kejar-mengejar yang pantas yang tidak anda terfikir. Pergerakan yang dilakukan dalam permainan ini adalah serupa dengan Parkour. Anda membawa watak Faith yang menggunakan bumbung untuk menyampaikan pesanan kepada pelanggan. Akhirnya Faith telah diuji untuk menyelamatkan saudaranya.

TransBlog


I have decided to make this blog to record what I am experiencing with my daily games that I'm playing. It will be divided into these 4 section, since I only own Playstation 2, 1 laptop and 1 desktop and i now play NDS and GBA games in my laptop. Yes, I'm poor >_<

8.10.09

Black vs White

Sony PSP...Inilah barang yg aku mahukan...sama ada aku nak beli sendiri ataupun diberi hadiah...yg aku pening cuma nak pilih warna apa diantara warna hitam dan putih...kalau boleh nak dua-dua...ada sapa2 nak hadiahkan kat aku tak?...haha...arghh(pening lagi!!)